Malay tours

Hari 1-2

(MT/MM) KUALA LUMPUR -SKOPJE

Berkumpul di KLIA awal 3 jam sebelum berlepas ke Skopje, Macedonia. Tiba di Alexander the Great Airport Skopje, Macedonia anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan bermula dengan Skopje City Tour antaranya Macedonia Square, Stone Bridge, Statue of Alexander the Great, Skopje Fortress, Mustafa Pasha Mosque dan Yahya Pasha Mosque. Kemudian meneruskan lawatan ke Matka Canyon. Check in di hotel. Bermalam di Skopje, Macedonia.

Hari 3

(SP/MT/MM) SKOPJE – OHRID (172 KM)

Sarapan pagi dan check out. Meneruskan perjalanan ke Ohrid. Anda akan dibawa untuk Ohrid City Tour antaranya melawat ke Hadzi Turgut Mosque, Krst Dazmija, Zeynel Abedin Pasha Tekke dan Old Bazar. Check in hotel dan bermalam di Ohrid. Macedonia.

Hari 4

(SP/MT/MM) OHRID – TIRANA – SHKODER (229 KM)

Sarapan pagi dan check out. Meneruskan perjalanan ke Tirana, Albania. Di Tirana anda dibawa melawat ke Skanderbeg Square, Masjid Ethem Bey dan Clock Tower. Selanjutnya perjalanan ke Shkoder, Macedonia. Shkoder adalah sebuah Bandar lama dan di sini anda akan dibawa melawat Masjid Shkoder dan Rozafa Castle. Check in hotel dan bermalam di Shkoder, Montenegro.

Hari 5

(SP/MT/MM) SHKODER – BUDVA – KOTOR – DUBROVNIK (177 KM)

Sarapan pagi dan check out. Bertolak ke Budva dan Kotor, Montenegro. Antara tempat menarik yang bakal dilawati di Budva ialah The Old Town Stari grad, Budva Citadel dan Mogren Beach. Tempat menarik di Kotor pula adalah seperti Old Town, Sea Gate of 1555, Square of Arms dan Pillar of Shame. Meneruskan perjalanan ke Dubrovnik, Croatia yang terkenal dengan keindahan Bandar di persisiran pantai laut Mediterranean. Check in hotel dan bermalam di Dubrovnik, Croatia.

Hari 6

(SP/MT/MM) DUBROVNIK – POCITELJ – BLAGAJ – MOSTAR (129 KM)

Sarapan pagi dan check out. Lawatan diteruskan di sekitar Bandar Dubrovnik yang juga dikenali sebagai “ The Jewel of Adriatic”. Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Franciscan Monastery, Third Oldest Pharmacy, Rector Palace, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column. Perjalanan selanjutnya ke Mostar, Bosnia & Herzegovina. Sebelum itu singgah sebentar di Pocitelj untuk melihat keunikan Air Terjun Kravice, Ali Pasha Mosque dan Citadel. Berikutnya ke Blagaj dimana terletaknya sekolah sufi Dervish Tekke di tepi Buna River Spring yang sungguh indah pemandanganya. Setibanya di Mostar, check in hotel dan bermalam di Mostar, Bosnia & Herzegovina.

Hari 7

(SP/MT) MOSTAR – SARAJEVO (129 KM)

Sarapan pagi dan check out. Lawatan di sekitar Bandar Mostar antaranya ke Old Bridge Stari Most, Koski Mehmed Pasha Mosque, Muslibegovica House, Ottoman Hamams dan Herzegovina Museum yang tersimpan pelbagai gambar dan barangbarang peninggalan semasa perang Bosnia & Herzegovina dengan Serbia. Bertolak ke Sarajevo, check in hotel dan bermalam di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina.

Hari 8

(SP/MT/MM) SARAJEVO S

arapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Tunnel of Hope sebuah terowong persembunyian penduduk Sarajevo dari kepungan tentera Serbia semasa perang Bosnia Serbia. Berikutnya ke Vrelo Bosne yang merupakan Taman Negara Bosnia yang telah dibina sejak zaman Rom. Meneruskan perjalanan ke kota lama Bascarsija, menziarahi Kursunlu Medrese, Gazi Husrev-bey Mosque dan Sebilj. Makan malam dan aktiviti bebas.

Hari 9

(SP/MT/MM) SARAJEVO – TRAVNIK – BIHAC (308 KM)

Sarapan pagi dan check out. Meneruskan perjalan ke Bihac melalui Travnik dan Jajce. Di Travnik anda akan dibawa melawat Fortress Stari Grad, Sulejmanija Mosque, Elci Ibrahim Pasha Medresesi, Veros Mosque dan menikmati keindahan alam semulajadi di Blue Water. Di Jajce pula anda akan dibawa melawat Pliva Waterfall, Watermills Open Air Museum dan solat di Esma Sultanija Mosque. Setibanya di Bihac, check in hotel dan bermalam di Bihac, Bosnia & Herzegovina.

Hari 10

(SP/MT/MM) BIHAC – PLITVICE LAKES – ZAGREB (156 KM)

Sarapan pagi dan check out. Bertolak ke Plitvice Lakes National Park yang terletak di negara Croatia dan merupakan taman negara tertua di Balkan dan dibawah ‘ UNESCO World Haritage’. Saksikan keindahan air terjun dan kejernihan air tasik di sini. Perjalanan diteruskan ke Zagreb, check in hotel dan bermalam di Zagreb, Croatia.

Hari 11-12

(SP/MT) ZAGREB – KUALA LUMPUR

Sarapan pagi dan check out. Lawatan di Bandar Zagreb seperti Old Town Gate, Ban Jelacic Square, Square of Marsal Tito, Croatian National Theater dan solat di Zagreb Mosque iaitu masjid terbesar di Croatia. Makan tengahari dan bertolak ke Lapangan Terbang Zagreb untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan peserta akan sampai di KLIA pada petang keesokan harinya.

Interested in this tour? Contact us .