Malay tours

KUALA LUMPUR /ISTANBUL/ZAGREB

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan bagi urusan mendaftar masuk penerbangan ke Zagreb (Croatia) melalui Istanbul jam 11:15 malam.

ZAGREB [MT/MM]

Ketibaan di Zagreb, anda akan disambut oleh wakil kami . Lawatan termasuk ke St Mark Church, Pope Tower, bergambar di bangunan Parlimen & Lower part Zagreb. Acara bebas.

ZAGREB/BLED/LJUBLJANA

Selepas sarapan terus ke Ljubljana (ibu kota Solvenia). Lawatan di Ljubljana – Masjid Ljubljana, Central Market, Three Bridges, Baroque Town Hall dan Rabbas Fountain dan. Bermalam di Ljublajana.

LJUBLJANA /BLED /OPATIJA

Selepas sarapan melawat Postanja Cave, Tasik Bled & Bled Castle – bermalam di Opatija. Masa bebas di tebing Laut Adriatic.

OPATIJA/NATIONAL PLATVICE LAKE/ ZADAR/SPLIT

Selepas sarapan – bertolak ke Plitvice Lakes National Park yang terletak di dataran tinggi Plitvice (Plitvice Plateau) mempunyai gabungan unik tasik dan gua. Saksikan air tasik berwarna turquoise, air terjun berbentuk cascades & daun-daun pokok berwarna warni di musim luruh. Meneruskan perjalanan ke Split melalui Zadar. Bermalam di Split.

SPLIT/DUBVROVNIK

Selepas sarapan – mencuci mata di Split kota di pinggir Laut Adriatik yang indah. Terus ke Dubrovnik; Lawatan di kota lama Dubrovnik – Rector’s Palace, Fransican Monastery (termasuk Old Pharmacy), Clock Tower, Orlando’s Columns, Sponze Plaza, Dubrovnik’ City Wall dan lain-lain. Bermalam di Dubrovnik. Dubrovnik adalah sebuat kota di pesisiran Laut Adriatic yg merupakan destinasi pelancongan unggul di Laut Adriatic di samping sebagai sebuah pelabuhan dan pusat wilayah Dubrovnik-Neretva. Sebuah kota kubu (fortress) yang amat indah.

DUBROVNIK/NEUM/MOSTAR

Selepas sarapan bertolak ke Mostar melalui Neum (dalam wilayah Bosnia), nikmatilah keindahan yang tidak terperi di sepanjang perjalanan di pesisiran pantai Laut Adriatik – Laut Adriatik yang membiru dan seribu pulau-pulau kecil, tebing-tebing curam dan atap-atap rumah berwarna merah jingga.Lawatan di Mostar; Turkish House dan Jambatan Mostar. Mostar adalah kota yang besar dan terpenting di Bosnia. Mostar terletak di tebing Sungai Neretva. Mostar diberi nama sempena nama penjaga jambatan “Mostari” yang mengawal jambatan Stari Most (Old Bridge) yang merentangi Sungai Neretva. Jambatan ini telah musnah sewaktu peperangan dengan Serbia dan dibina semula dalam tahun 2004 & merupakan mercutanda terpenting di Mostar. Mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat. Lawatan anda ke Bosnia tidak sah sekiranya tidak mengunjungi Mostar!

MOSTAR / BLAGAJ / KERCIVA WATERFALL / JABLANICA /VLASTIC MOUNTAIN

Selepas sarapan pagi bertolak ke Blagaj di tebing Sungai Buna sumber air yang terpenting di Bosnia dan Eropah Timur. Lawatan ke Derwish Tekia dan makan tengahari dengan menu ikan sungai yang segar. Kunjungan ke Kravice Waterfall, antara lanskap airterjun dan keindahan alam semulajadi yang paling menarik di Bosnia terletak di Studenci di Lembah Neretva. Dalam perjalanan pulang ke Sarejevo cuba singgah di Jablanica untuk merasa kelazatan barbeque kambing & menikmati persekitaran alam semulajadi yang mengkagumkan. Bermalam di Vlastic Mountain terletak 3000 meter di atas paras laut, cuaca sejuk sepanjang tahun, keindahan alam semulajadi yang memukau. Rehatkan badan dan minda anda di kawasan pergunungan sambil mencuci mata melihat keindahan pokok-pokok berwarna warni di musim bunga. Vlastic Mountain adalah salah satu lokasi bagi Winter Olympic tahun 1984 di Bosnia.

VLASTIC MOUNTAIN /VISOCO/TRAVNIK /SARAJEVO

Selepas sarapan bertolak ke Visoco melawat Piramid Bosnia di gunung Visoco, ia merupakan Piramid Eropah yang pertama diketemui yang terletak di tengah-tengah Bosnia. Singgah di Travnik untuk makan tengahari & lawatan di Travnik termasuk ke Masjid Suleimania. Travnik terletak 90 km ke arah barat.

SARAJEVO

Selepas sarapan pagi, lawatan di kota Sarajevo termasuk Tunnel of Hope (terowong yang digunakan oleh penduduk Sarajevo sewaktu dikepung oleh tentera Serbi), Masjid Gazi Husrevby, Masjid Ali Pasha dan Masjid Czar’s , Masjid Bascarsija yang termasyhur itu dibina dalam tahun 1528, Town Hall, Mosque, Gazi Husrevby Market & masa bebas membeli belah. masa bebas membeli belah di Gazi Husrev Beg Bazaar; sebuah bazaar bertutup ala Grand Bazaar di Istanbul yang terletak di Bascarsija nadi pusat Bandar Sarajevo.

SARAJEVO-ISTANBUL-KLIA

Selepas sarapan pagi masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Interested in this tour? Contact us .